Pengertian IMAN dalam bahasa Arab bererti PERCAYA. Sedangkan menurut istilah, pengertian IMAN adalah MEMBENARKAN DENGAN HATI, MENYEBUT DENGAN LISAN(LIDAH), dan DIAMALKAN DENGAN TINDAKAN (perbuatan). Dengan demikian, pengertian IMAN KEPADA ALLAH adalah membenarkan dengan hati bahawa Allah itu benar-benar ada dengan segala sifat keagungan dan kesempurnaanNya, kemudian pengakuan itu diikrarkan dengan lisan, serta dibuktikan dengan amal perbuatan secara nyata.
Seseorang individu itu dapat dikatakan sebagai mukmin (orang yang beriman)adalah sempurna apabila memenuhi ketiga-tiga unsur keimanan seperti yang diterangkan di atas. Apabila seseorang mengakui dalam hatinya tentang kewujudan Allah, tetapi tidak diikrarkan dengan lisan dan dibuktikan dengan amal perbuatan, maka orang tersebut tidak dapat dikatakan sebagai mukmin yang sempurna ini kerana, ketiga-tiga unsur keimanan tersebut merupakan kesatuan yang kukuh dan tidak dapat dipisahkan.
Pengertian Tauhid Mengesakan Allah , tuhan yang tiada sekutu bagiNya, yang bersifat dengan segala sifat kesempurnaan, kesucian, kebesaran dan keadilan . Pengertian Iman Keyakinan yang kukuh dengan hati, mengakui dengan lidah dan melaksanakannya dengan perbuatan (anggota).
About Me
- zuraini musa
- D20112051787, IJAZAH PENGURUSAN PENDIDIKAN, AJ24 (PPGB JAIS KOHORT 2) UPSI, TANJUNG MALIM, PERAK DARUL RIDZUAN. 1. Dunia pengajaran dalam bidang perguruan banyak dugaan dan cabaran yang perlu dihadapi. Jadikan pengalaman sebagai wadah di masa hadapan.... 2. perkaitan pengajaran dan pembelajaran Tauhid Tahun Satu.
Wow.. Sgt berguna information!!!
ReplyDelete