RUKUN IMAN
Rukun Iman ada 6 perkara
1. Percaya dan Beriman kepada Allah
* Allah Maha Pengasih dan Maha Penyayang.
* Allah adalah Pencipta dan Maha Berkuasa.
* Allah menjadikan bumi, manusia, malaikat
Info:
* Allah melihat segala perbuatanan samada perbuatan baik atau perbuat jahat manusia
* Allah juga Maha Mendengar setiap apa yang kita katakan walaupun lintasan di dalam hati sekalipun.
* Oleh itu, kita seharusnya selalu memiliki niat yang baik sebelum melakukan sesuatu perkara.
* Elakkan mengeluarkan kata-kata yang tidak baik.
* Allah juga Maha Pemurah kerana Allah menjadikan manusia berpasangan,
* Allah menjadikan haiwan untuk kegunaan manusia,
* Allah menjadikan tumbuhan untuk manusia makan,
* Allah menjadikan air untuk kegunaan manusia,
* Allah menjadikan udara untuk manusia, haiwan dan tumbuhan bernafas.
Pengertian Tauhid Mengesakan Allah , tuhan yang tiada sekutu bagiNya, yang bersifat dengan segala sifat kesempurnaan, kesucian, kebesaran dan keadilan . Pengertian Iman Keyakinan yang kukuh dengan hati, mengakui dengan lidah dan melaksanakannya dengan perbuatan (anggota).
About Me
- zuraini musa
- D20112051787, IJAZAH PENGURUSAN PENDIDIKAN, AJ24 (PPGB JAIS KOHORT 2) UPSI, TANJUNG MALIM, PERAK DARUL RIDZUAN. 1. Dunia pengajaran dalam bidang perguruan banyak dugaan dan cabaran yang perlu dihadapi. Jadikan pengalaman sebagai wadah di masa hadapan.... 2. perkaitan pengajaran dan pembelajaran Tauhid Tahun Satu.
No comments:
Post a Comment